Memorandum berkenaan menuntut PKR supaya tidak membenarkan Dr Tun Mahathir daripada menggunakan logo parti semasa PRU-14.

Selain itu, mereka yang mendakwa mewakili kira-kira 120,000 ahli parti peringkat akar umbi memberikan tempoh enam hari kepada parti untuk mengeluarkan nama Dr. Mahathir daripada menjadi calon bermula daripada 21 April sehingga 26 April ini.

Muhamad Faisal berkata, PKR harus sedar tujuan penubuhannya pada April 1999 adalah disebabkan tindakan zalim bekas perdana menteri itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka telah memutuskan beberapa tindakan yang akan diumumkan kemudian.

Dalam bantahan yang berlangsung hampir satu jam itu, peserta dilihat memegang sepanduk tertera ‘Singkir Mahathir Dari Lambang PKR’, ‘Mahathir adalah musuh sebenar PKR’ dan ‘PKR jangan jadi pelacur kepada Tun Mahathir’.