Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Navy People modal insan terpenting – Panglima Tentera Laut

Navy People modal insan terpenting – Panglima Tentera Laut

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Apr – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin hadir merasmikan Majlis Fair Winds and Following Seas di KD SRI Gombak hari ini.

Majlis itu bersempena bulan Sambutan Hari TLDM ke-84 pada 27 April ini adalah untuk meraikan para pesara yang telah menyumbang bakti sepanjang berkhidmat bersama TLDM dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran tanah air tercinta.

Seramai 117 pesara TLDM dari kawasan Lembah Klang dan Zon Selatan Semenanjung Malaysia yang telah dan akan bersara dari Jun 2017 sehingga Jun 2018 telah diraikan bersama.

Sebagai tanda penghargaan, Panglima Tentera Laut turut menyampaikan Sijil Penghargaan dan Simpanan Primium BSN berjumlah RM400 kepada pesara TLDM yang dirai.

Kamarulzaman menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada semua pesara yang hadir.

Beliau juga menyifatkan bahawa setiap inci daripada Navy People yang berkhidmat merupakan modal insan terpenting dan tulang belakang bagi perkhidmatan dalam mencapai kecermelangan serta mendokong teras hala tuju Kementerian Pertahanan yang boleh dibanggakan sehingga ke hari ini.

“Diharapkan pelbagai ilmu dan pengalaman berharga yang diperolehi sepanjang berkhidmat bersama TLDM dapat dikongsikan bersama Navy People yang lain selain dimanfaatkan dalam kehidupan atau kerjaya selepas tamat perkhidmatan kelak”, ujarnya lagi.

“Pesara TLDM juga disarankan agar menjaga imej dan nama baik TLDM meskipun telah tamat perkhidmatan dan berbanggalah kerana anda semua merupakan sebahagian daripada The Navy People walaupun telah bergelar veteran,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan para pesara TLDM sebagai ‘Perkasa Perwira’ kerana ada yang telah berkhidmat sejak era pembangunan TLDM lagi. Selari dengan tema Hari TLDM ke-84 tahun ini, “Transformasi Pemacu Kecermelangan”. Pengurusan Tertinggi TLDM sentiasa menghargai segala pengorbanan dan khidmat bakti yang disumbangkan oleh pesara TLDM dalam berganding bahu bersama perkhidmatan menuju ke arah kecermelangan.

Turut hadir bersama ialah Datuk Seri Haji Johari bin Abdul Ghani,Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Tuan Haji Abd Karim bin Haji Husin dan Pengarah Kanan Pengurusan PERHEBAT; Encik As’at bin Zaini.

Related Articles

Leave a Reply