Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2018: Wakil tentera laut dari 23 negara sahkan kehadiran

DSA 2018: Wakil tentera laut dari 23 negara sahkan kehadiran

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Apr – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan kehadiran 23 delegasi tentera laut yang akan hadir ke Pameran DSA 2018.

Pameran DSA 2018 akan berlangsung pada 16 sehingga 19 April 2018 kelak.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas menghadiri Majlis Fair Winds and Following Seas di KD Sri Gombak semalam.

Aplikasi K3M boleh didapati di Google Play Store dan Apple Store. Foto: Air Times

“Kita akan gunakan kesempatan ini untuk ini sebagai peluang mengadakan perbincangan dua hala antara pasukan tentera laut yang menyertai acara empat hari itu,” katanya.

Pameran dwitahunan itu turut menyaksikan kehadiran TLDM sebagai pempamer dan mempunyai pavilionnya sendiri. TLDM akan mempamerkan pelbagai inisiatif terkini angkatan laut itu termasuk aplikasi telefon bimbit K3M 2.0

Aplikasi yang dibangunkan TLDM dan dinaiktaraf daripada versi terdahulu, K3M sebelum ini dilancarkan untuk meningkatkan keselamatan di laut dengan memendekkan masa tindak balas pihak berkuasa seperti TLDM sendiri dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Aplikasi K3M merapatkan lagi jurang antara komuniti masyarakat dan TLDM serta APMM dan LKIM. Selain daripada itu, aplikasi ini turut memuatkan beberapa fungsi interaktif kepada pengguna. Foto: Air Times.

K3M bermaksud kesedaran, keselamatan dan komuniti.

“Antara ciri-ciri baharu yang diperkenalkan menerusi K3M 2.0 adalah Sea Alert yang berasaskan web yang membolehkan aplikasi itu menggunakan kemudahan satelit untuk menyalurkan maklumat. Ciri-ciri Sea Alert disasarkan penggunaannya kepada syarikat perkapalan dan pelantar minyak,”

Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata Tentera Laut Brunei ada menyatakan hasrat untuk melancarkan aplikasi serupa di negara mereka.

Related Articles

Leave a Reply