Home PolitikPakatan Harapan PBT tidak berlaku adil – Tun M

PBT tidak berlaku adil – Tun M

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 3 April – Pembangkang mendakwa tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencabut bendera Parti Pakatan Harapan yang dipasang adalah tidak adil sama sekali.

“Umpamanya apabila parti kerajaan telah memasang bendera, tidak ada siapa-siapa yang buang. Tetapi Parti Pakatan Harapan memasang bendera dicabut oleh lain-lain, kalau nak cabut, kita bersetuju cabut semua sekali, katanya.

“Poster-poster yang kita pamerkan ini juga kalau nak buang semua buang, kalau benarkan pasang kepada BN mesti benar kepada Parti Pakatan juga dan parti-parti lain.

“Kita mahu kerajaan berlaku adil, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Tun M melahirkan rasa tidak puas hati terhadap PBT kerana tindakan yang diambil adalah berbeza-beza seperti memberikan layanan baik terhadap BN.

Related Articles

Leave a Reply