Home Pertahanan dan Keselamatan Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan beri manfaat kepada anggota ATM dan keluarga serta veteran

Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan beri manfaat kepada anggota ATM dan keluarga serta veteran

by M.Daim

PORT DICKSON, 3 Apr – Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah merasmikan Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan di Malbatt Village, Port Dickson.

“Rumah yang selesa, yang selamat, yang tenang adalah maruah dan harga diri yang sangat penting kepada sesebuah keluarga,” kata Hishammuddin dalam ucapan perasmian program.

“Rumah sebenarnya adalah tempat kehidupan bermula. Kerana itulah saya melihat agenda perumahan ini sebagai agenda kehidupan.”

Tambah beliau, agenda ini tidak boleh dikompromi dan perlu dilaksanakan demi kebajikan anggota ATM.

“Pengorbanan serta sumbangan kalian kepada negaa amat besar dan bernilai. Tiada usaha dan imbuhan yang akan pernah setimpal dengan semua itu. Saya amat berharap, melalui agenda perumahan ini, ia dapat menjadi lambang terima kasih kami yang tak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan semua,” ujar Hishammuddin.

Semasa sidang media, Menteri Pertahanan memanjatkan rasa syukur kerana buat pertama kalinya Kementerian Pertahanan Malaysia melancarkan Blueprint Perumahan yang menyeluruh dan komprehensif.

Pelan ini adalah terhasil melalui perbincangan dan perancangan yang rapi dengan semua pihak.

Bagi Hishammuddin, Blueprint  ini adalah impian beliau sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan iaitu bagi membela nasib dan kebajikan anggota, veteran ATM dan ahli keluarga mereka. Ini termasuklah untuk memiliki tempat kediaman yang selesa.

Turut hadir ke majlis tersebut, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Hj Mohamad bin Hj Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Bin Haji Ahmad Badaruddin; Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi; Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib Hj Ab Wahab, mewakili Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan

Blueprint Perumahan ini dirangka untuk menyediakan satu pelan pembangunan perumahan kepada anggota-anggota tentera dan keluarga mereka sehingga tahun 2030. Perancangan ini akan memberik manfaat kepada lebih 200,000 anggota ATM, veteran dan ahli keluarga mereka.

Antara objektif perancangan ini adalah untuk meningkatkan tahap kualiti hidup dan keselesaan anggota-anggota tentera dan keluarga. Ini sekaligus meningkatkan moral anggota ATM untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan komited di samping dapat mencapai teras misi nasional dalam membangunkan modal insan yang berkualiti.

Selain daripada itu, pelan ini adalah untuk menyediakan kemudahan komuniti yang lebih sistematik dan teratur.

Yang pasti, kebajikan anggota ATM dan keluarga serta veteran ATM terus terpelihara tanpa kompromi.

Terdapat 5 program utama yang telah digariskan dalam Blueprint Perumahan iitu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), 1Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) dan Rumah Idaman.

Related Articles

Leave a Reply