Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Russia akan bertindak balas – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Russia akan bertindak balas

Russia akan bertindak balas

by Noor Sheila Amin

Moscow, 29 Mac – Speaker Dewan Negara, Valentina Matviyenko, berkata Russia akan bertindak balas sama kepada pengusiran beramai-ramai diplomatnya oleh Barat berhubung kes racun bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal, di bandar raya Salisbury di England.

Apa yang bermula dengan perbalahan antara London dan Moscow selepas Britain menuduh Russia menggunakan ejen saraf untuk meracun Skripal dan anak perempuannya kini merebak menjadi kemarahan antarabangsa kepada Kremlin, malah sebahagian kerajaan yang mesra Russia turut mengusir diplomat negara itu.

Memasuki senarai kerajaan berkenaan hari ini adalah Slovakia, Malta dan Luxembourg, yang memanggil balik duta masing-masing di Moscow untuk rundingan, manakala Montenegro berkata akan mengusir diplomat Russia.

Tindakan terbesar dilakukan Amerika Syarikat, yang mengusir 60 diplomat Russia.

Ia menjejaskan harapan Presiden Vladimir Putin membentuk hubungan mesra dengan Presiden Donald Trump.

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?