Home SemasaGlobal Giliran Australia usir diplomat Rusia

Giliran Australia usir diplomat Rusia

by Noor Sheila Amin

Sydney, 27 Mac – Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull memaklumkan Australia telah mengambil tindakan yang sama seperti Britain dengan mengusir dua diplomat Rusia hari ini sebagai tindak balas terhadap serangan agen saraf membabitkan bekas perisik Russia di England.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berkata pasangan itu diberi tempoh tujuh hari untuk keluar.

Turnbull berkata, Keputusan ini mencerminkan sifat serangan senjata kimia yang mengejutkan itu. Ia yang pertama di Eropah sejak Perang Dunia II, membabitkan bahan yang boleh membawa maut di kawasan berpenduduk, sekali gus membahayakan anggota masyarakat yang lain, katanya.

Related Articles

Leave a Reply