Home PolitikPakatan Harapan Lebih baik jilat ludah sendiri, dari jilat ludah UMNO: Mahfuz

Lebih baik jilat ludah sendiri, dari jilat ludah UMNO: Mahfuz

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 25 Mac – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan Presiden Pas yang menyatakan Tun Mahathir seperti “jilat ludah sendiri” apabila menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Mahfuz berkata lebih baik menjilat ludah sendiri dari terus meludah ke atas muka rakyat.

“Lebih baik menjilat ludah sendiri dari PAS menjadi tukang jilat ludah UMNO (Najib)” jelas beliau ketika dihubungi oleh Air Times.

Tambah beliau, kesediaan Tun Mahathir untuk menghapuskan AUKU yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menunjukkan Tun Mahathir tidak ego dan tidak meninggi diri terus pertahankan apa yang dia buat satu ketika dulu.

“Kesediaan Tun Mahathir menghapuskan AUKU menunjukkan Tun Mahathir terbuka menerima pandangan kehendak rakyat Malaysia dan pimpinan PH lain.

“Ini juga menunjukkan pimpinan PH tidak menjadi seperti lembu di ‘cucuk hidung’.

“Kesediaan Tun M membuat pembaharuan di hujung usianya adalah sesuatu yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya”

“Allah juga menilai kepada kebaikan di pengakhiran hidup seseorang walaupun diawal kehidupan melakukan kesalahan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Allah Maha Pengampun” katanya lagi.

Related Articles

Leave a Reply