Home SemasaGlobal PM kutuk serangan agen saraf di Salisbury

PM kutuk serangan agen saraf di Salisbury

by Noor Sheila Amin

kuala Lumpur, 21 Mac – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak  mengutuk serangan agen saraf terhadap bekas pegawai perisikan tentera Russia, Sergei Skripal, 66, dan anak perempuannya Yulia, 33, di Salisbury, barat daya London.

Beliau berkata, “Mempunyai pengalaman yang serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekalipun, #SalisburyAttack,” kata Najib dalam Twitter beliau, hari ini.

Bekas perisik Russia yang menjadi double agent bagi Britain, Sergei dan Yulia ditemui rebah di bangku di luar sebuah pusat beli belah di Salisbury pada 4 Mac 2018. Mereka masih dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.

Related Articles

Leave a Reply