Home PolitikBarisan Nasional Shahrizat tolak bertanding di Sungai Besar

Shahrizat tolak bertanding di Sungai Besar

by M.Daim

Ipoh, 18 Mac – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak cadangan yang dikemukakan kepada beliau untuk bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar.

Cadangan tersebut disuarakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar, Dato’ Sri Jamal Yunos, yang meminta Shahrizat untuk bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

Shahrizat amat berbesar hati dengan cadangan yang disampaikan oleh Jamal namun beliau menolak kerana percaya terdapat calon tempatan yang lebih berkelayakan untuk bertanding di parlimen tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa perkara tersebut semasa satu sidang media yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak.

“Saya sudah bincang dan maklum kepada Presiden UMNO dan juga kepada Dato’ Sri Jamal Yunos,” katanya semasa menjawab soalan wartawan sama ada beliau akan bertanding di Sungai Besar.

Walaupun tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar pada pilihanraya akan datang, beliau berjanji akan turun padang bersama-sama Wanita UMNO untuk membantu calon BN yang bertanding untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri di Sungai Besar pada PRU-14 kelak.

 

Related Articles

Leave a Reply