Home SemasaGlobal Future Forward Party, parti baru di Thailand

Future Forward Party, parti baru di Thailand

by Noor Sheila Amin

Bangkok, 16 Mac – Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Thai Summit Group, Thanathorn Juangroongruangkit, 39, telah melancarkan penubuhan parti baru iaitu ‘Future Forward Party’ sebagai alternatif kepada parti politik sedia ada yang menjanjikan usaha menyatukan rakyat negara itu

Menurut Thanathorn, beliau berharap parti itu dapat menarik penyertaan pengundi muda dan rakyat yang dinafikan hak untuk mengundi.

 Beliau berkata lagi,  peluang perlu diberikan kepada demokrasi. Kita tidak perlukan pentadbiran yang dibentuk hasil kekerasan,” katanya merujuk kepada pemerintahan tentera yang mengambil alih pentadbiran negara pada 2014.
 Pelancaran itu dibuat kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand membuka pendaftaran untuk parti baru yang dianggap tanda awal mengembalikan sistem demokrasi di negara itu.

Thailand berada di bawah pemerintahan tentera sejak 2014, susulan rampasan kuasa yang menamatkan pentadbiran kerajaan dipilih.

Related Articles

Leave a Reply