Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais Perang Borneo uji kemampuan dan Kesiagaan TLDM di ESSZONE

Eksesais Perang Borneo uji kemampuan dan Kesiagaan TLDM di ESSZONE

by Air Times News Network

SANDAKAN, 21 Feb – Eksesais Perang Borneo Siri 2 tahun ini, yang diadakan di perairan Laut Sulu semalam, berjaya mencapai matlamat dalam menguji kemampuan dan kesiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Eksesais itu diketuai Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob melibatkan lima kapal TLDM iaitu Kapal Auksiliari (KA) Tun Azizan, Kapal Diraja (KD) Todak, KD Baung dan KD Sri Johor, KD Sri Perlis serta bot tempur CB 90 dan bot pemintas Silverbreeze.

Latihan ini merupakan yang pertama pada tahun ini dan kali kedua dikoordinasikan oleh Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) semenjak pengoperasian markas berpindah ke daerah ini dari Kota Kinabalu.

Abdul Rahman yang turut mengikuti pelayaran itu bersama KD Todak, berpuas hati dengan tahap kesiagaan kapal-kapal TLDM serta kecekapan krunya dalam menghadapi pelbagai senario peperangan, terutama ancaman di permukaan air.

Ia penting dalam menghadapi peperangan atau situasi ancaman musuh yang tidak terjangka khasnya di wilayah pantai timur Sabah atau Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), katanya dalam kenyataan hari ini.

Related Articles

Leave a Reply