Home Politik ADUN Dabong angkat sumpah setiausaha politik Hishammuddin

ADUN Dabong angkat sumpah setiausaha politik Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Tugas-Tugas Khas hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai itu mengangkat sumpah dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Angkat sumpah itu diadakan di pejabat Najib di Bangunan Parlimen, menurut Ramzi dalam status di media sosialnya petang ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas disandang oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pertahanan.

Related Articles

Leave a Reply