Home Semasa Pesawat Jepun Airlines Buat Pendaratan Cemas

Pesawat Jepun Airlines Buat Pendaratan Cemas

by Air Times News Network

TOKYO, 5 Sept – Pesawat Jepun Airlines yang dalam perjalanan ke New York terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Haneda di sini hari ini, akibat masalah enjin, menurut Kementerian Pengangkutan lapor agensi berita China Xinhua.

Sebaik berlepas dari Haneda kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan, anak kapal pesawat Boeing 777 membuat panggilan kepada pengawal lapangan terbang bagi memaklumkan mengenai masalah enjin dan perlu berpatah balik.

Pesawat yang membawa 250 penumpang itu mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut syarikat penerbangan.

Masalah dipercayai berpunca daripada burung yang masuk ke dalam enjin pesawat.

Related Articles

Leave a Reply