GEMAS, 18 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (Para) telah melaksanakan Eksesais PARA PREDATOR II 2022 – 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘪𝘯𝘦𝘥 𝘈𝘳𝘮𝘴 𝘓𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘈𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬 (BGCALFA) di Kem Asahan, pada 3 hingga 12 November lalu.
Markas 10 Bgd (Para) menjelaskan, eksesais tersebut adalah bertujuan untuk menilai dan mengukur tahap kompetensi serta kesiagaan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).
“Semua peringkat anggota dan Pemerintah diuji melalui keupayaan merancang 𝘖𝘱𝘴 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 secara 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘢𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘚𝘵𝘢𝘧𝘧 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦 (CSEP) dalam aturgerak 𝘈𝘪𝘳 𝘈𝘴𝘴𝘢𝘶𝘭𝘵 𝘖𝘱 yang di terjemahkan di lapangan dengan menawan tanah penting kritikal,
“Latihan ini dilaksanakan melalui pelaksanaan 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘪𝘯𝘦𝘥 𝘈𝘳𝘮𝘴 𝘓𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘈𝘵𝘵𝘢𝘤𝘬 yang turut melibatkan aset tembakan langsung dan tidak langsung dalam sesebuah 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱,” jelas Markas 10 Bgd Para dalam hantaran di media sosialnya.
Menurut Markas 10 Bgd (Para), 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘪𝘯𝘦𝘥 𝘈𝘳𝘮𝘴 𝘓𝘪𝘷𝘦 𝘍𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 adalah merupakan ‘𝘵𝘩𝘦 𝘵𝘪𝘱 𝘰𝘧 𝘪𝘤𝘦𝘣𝘦𝘳𝘨’ dalam konteks menghidupkan 𝘳𝘦𝘢𝘭𝘪𝘴𝘵𝘪𝘤 𝘴𝘤𝘦𝘯𝘢𝘳𝘪𝘰 sebenar bagi menerap dan mencapai keyakinan tinggi serta kompetensi pasukan.
“Dalam pada itu, 𝘱𝘳𝘦𝘤𝘪𝘴𝘦 𝘤𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘺𝘯𝘤𝘩𝘳𝘰𝘯𝘪𝘴𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘱𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘳𝘰𝘤𝘦𝘴𝘴 dalam setiap aturgerak 𝘓𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 (LPBG) dan 𝘍𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸 𝘜𝘱 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 (FUPBG) amat di titik beratkan sepertimana hampir situasi sebenar bagi mencapai objektif eksesais yang di gariskan,” jelas Markas 10 Bgd (Para).
Tambahnya, latihan ini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM. -airtimes.my
Galeri gambar: