Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Urban Tiger dan Tiger Claw perkasa kesiagaan Harimau Para

Eksesais Urban Tiger dan Tiger Claw perkasa kesiagaan Harimau Para

by Air Times News Network

TERENDAK – Batalion Kesembilan Rejimen Aksar Melayu Diraja (9 RAMD) (Para) telah melaksanakan Eksesais URBAN TIGER siri 1/21 dan Eksesais TIGER CLAW siri 1/21 pada 30 Mac hingga 10 April lalu sebagai persiapan dalam meningkatkan kesiagaan anggota Harimau Para sebelum melaksanakan Eksesais PARA PREDATOR siri 1/21.

Markas 10 Briged (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, Eks Para Predator akan dilaksanakan di kawasan am Kem Terendak hingga Sungai Linggi serta Tanjung Agas pada bulan Jun dan Jul 2021.

“Latihan tersebut dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Pre Deployment Training, Field Training Exercise (FTX) dan Program Jiwa Murni (PJM),

“Objektif eksesais ini adalah untuk menyediakan sebuah Battle Ready Battalion kepada ketumbukan 10 Bgd (Para) yang menumpukan kepada fokus pemantapan Command and Control bagi setiap lapisan pemerintah, memperkemaskan pelaksanaan Teknik, Taktik, Prosedur (TTP) dan ketahanan individu sebelum mengikuti Eksesais Para Predator,” katanya.

Menurutnya, Eks Urban Tiger memberi fokus kepada kemahiran peperangan dalam kawasan Operation in Built-Up Areas (OBUA) manakala Eks Tiger Claw pula memberi fokus kepada kemahiran Assault River Crossing.

Pelaksanaan eksesais ini dimulakan dengan latihan Pre Deployment Training dalam kawasan Kem Terendak serta pelaksanaan Tactical Exercise Without Troop (TEWT) dan Penyampaian Perintah.

Manakala, pelaksanaan FTX disimulasikan dengan pengguguran Battle Group (BG) TIGER melalui Op PARACUT dalam kawasan musuh di Zon Gugur (ZG) PAHLAWAN di Kem Terendak sebelum menyelamatkan objektif tiger di kawasan am Jambatan Sungai Linggi dan Tanjung Agas.

Selain itu, eksesais ini juga bertujuan untuk menguji keupayaan BG Tiger dalam pelaksanaan TTP bagi OBUA, Recon Op, Assault River Crossing, Secure Critical Area dan Breakout Op dalam usaha menyelamatkan kawasan Am Linggi di masa yang sama membantu menyediakan opsyen keupayaan manuver kepada ketumbukan Div (Main Larger Forces) untuk meneruskan gerak mara menawan musuh.

Seterusnya, pelaksanaan Program Jiwa Murni (PJM) di Masjid Kariah Tanjung Agas dengan membersihkan kawasan sekitar serta tanah perkuburan dan menyampaikan sumbangan bahan makanan asas kepada golongan asnaf. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply