KUALA LUMPUR, 31 OKT – Malaysia dan India sepakat memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan serta keselamatan serantau.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, India bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam aspek maritim, pertahanan siber, dialog dasar, perkongsian badan pemikir, pembangunan generasi masa depan serta inovasi teknologi.
Beliau menyatakan, India mempunyai potensi besar untuk memperkukuh hubungan strategik dengan ASEAN.
“India boleh dianggap sebagai satu kuasa besar, bukan dalam konteks pertahanan yang kita faham seperti China dan Amerika Syarikat. Negara itu juga merupakan peneraju dalam bidang sains, teknologi dan inovasi,” katanya.
Tambah beliau, India menekankan masih terdapat ruang luas untuk meningkatkan kerjasama dengan ASEAN.
“Ini merupakan langkah ke hadapan dalam membina hubungan baharu tentang bagaimana hubungan India dengan ASEAN dapat dikembangkan ke tahap lebih tinggi,” jelasnya. – airtimes.my
#AirTimes #KerjasamaPertahanan #ASEAN #KementerianPertahanan #KhaledNordin #KeselamatanSerantau #Maritim #Teknologi #Inovasi #Malaysia #India




