105
KUALA LUMPUR, 29 APR – Jelapang Resources Sdn Bhd (Jelapang Resources) komited memainkan peranan sebagai antara syarikat tempatan yang menyumbang kepada pembangunan industri pertahanan negara.
Ia selaras dengan aspirasi kerajaan menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkasakan pemain tempatan.
Ini termasuk dalam kontrak penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset Kementerian Pertahanan (MINDEF).
Syarikat itu membekalkan pelbagai kelengkapan dan peralatan pertahanan, di samping menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang efisien bagi memastikan kelangsungan operasi pengguna.
Jelapang Resources juga mewakili pemasaran untuk jenama antarabangsa di Malaysia seperti Bruker, Mehler, Saratoga dan Hutchinson.
Dengan pengalaman lebih …. tahun dalam bidang berkaitan, Jelapang Resources memiliki kekuatan tersendiri dalam memenuhi keperluan sektor pertahanan dan keselamatan negara.
Pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2026 (DSA 2026), syarikat itu menampilkan pelbagai kelengkapan bagi menyokong operasi ketenteraan termasuk misi kemanusiaan serta keperluan agensi keselamatan dan penyelamat.
Antara yang dipamerkan termasuk kelengkapan CBRNE, peralatan perlindungan individu, jaket kalis peluru, pelbagai kaliber peluru.
Turut diketengahkan adalah sistem rawatan air mudah alih yang kritikal dalam situasi kecemasan.
Antaranya sistem penulenan air mudah alih WTC 700 daripada Futuretech Kärcher, Jerman yang menggunakan teknologi osmosis songsang bagi menapis partikel, bakteria, virus, garam dan bahan kimia.
Sistem tersebut mampu menghasilkan sehingga 700 liter air minuman sejam dan sesuai digunakan dalam pelbagai situasi termasuk operasi bencana.
Mesin penulen air ini direka supaya tahan beroperasi dalam keadaan lasak secara mudah alih dan berdikari.
Selain itu, Jelapang Resources turut mempamerkan sistem WTC 200 UF yang menggunakan teknologi ultrafiltrasi, mampu menghasilkan sehingga 200 liter air minuman sejam.
Dengan reka bentuk kompak dan tahan lasak, sistem ini sesuai sebagai penyelesaian rawatan air yang ringan serta mudah dibawa, walaupun dalam keadaan sumber air yang sangat tercemar.
Sementara itu, Pengarah Jelapang Resources, Mohamed Izwan Mohamed Khalid, pelengkap kepada pembekalan sesuatu kelengkapan adalah perkhidmatan selepas jualan termasuk sokongan teknikal berterusan.
Katanya, aspek itu bukan sahaja memastikan kecekapan penggunaan peralatan, malah menyokong pembangunan ekosistem pekerjaan menerusi penglibatan tenaga kerja mahir tempatan dalam industri pertahanan.
“Ini merupakan penyertaan kelima syarikat dalam DSA, yang mana ia merupakan platform terbaik kepada syarikat mengetengahkan perkhidmatan yang kami tawarkan.
“Melalui pameran seperti ini juga kita dapat berurusan terus kepada pengguna, bakal pengguna serta rakan perniagaan selain menawarkan pelbagai prospek kerjasama.
“Penyertaan Jelapang Resources juga merupakan tanda sokongan syarikat kepada Kementerian Pertahanan sebagai pemain tempatan dalam mendokong Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN),” ujarnya.
