Home GlobalMarinette, kapal terakhir Global Sumud Flotilla dipintas dan ditawan oleh Israel

Marinette, kapal terakhir Global Sumud Flotilla dipintas dan ditawan oleh Israel

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 3 OKT – Satu-satunya kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF), iaitu Marinette yang masih berlayar telah dipintas pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa pada 3.30 petang, waktu Malaysia.

Menerusi siaran langsung sistem penjejak (tracker) GSF, kru kapal yang memakai jaket keselamatan memaklumkan dihampiri sebuah kapal perang Israel itu sebelum terputus hubungan.

Kapal yang berlayar dari Barcelona itu dipintas pada kedudukan 60 batu nautika dari perairan Gaza. Peserta turut memaparkan nota bertulis: ‘Kapal perang menghampiri kami’ sebelum visual terpadam.

Sementara itu, aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, menerusi laman sosialnya, menyatakan bahawa berakhirlah perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama pada kali ini.

“Kini tiba tugas para peguam Adalah dan tugas kita, menekan sehingga semua peserta dibebaskan dan genosid dihentikan. Bangkit!” tegasnya.

Terdahulu, Marinette pada Jumaat dilaporkan berlayar dengan kelajuan enam knot menuju ke Gaza dan merupakan satu-satunya kapal yang masih berlayar serta berada di zon merah R2. -airtimes.my

#Airtimes #Marinette #GSF #Gaza

Related Articles

Leave a Reply