Home SemasaATM kini berdepan cabaran bentuk ketumbukan kredibel masa depan

ATM kini berdepan cabaran bentuk ketumbukan kredibel masa depan

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUANTAN, 20 SEPT – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdepan cabaran utama dalam usaha menjadi satu ketumbukan yang kredibel dan relevan bagi menghadapi konflik serta ancaman semasa dan masa hadapan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohamad Nizam Jaffar berkata, ATM merupakan angkatan legasi yang telah bertapak sejak 92 tahun lalu dan kini sedang melalui proses permodenan secara berfasa.

“Usaha ini telah diperinci oleh panglima perkhidmatan dan kini memasuki fasa baharu dengan penekanan kepada pelbagai aspek.

“Dalam konteks ini, Markas Angkatan Bersama (MKAB) dilihat memainkan peranan penting dalam menyelaras pelbagai operasi serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara untuk berdepan ancaman pada masa hadapan,” katanya dalam sesi sidang media pada Sabtu.

Jelasnya lagi, ATM turut menekankan bahawa cabaran masa depan tidak dapat dipisahkan daripada perkembangan konflik global yang sedang berlaku.

“Situasi di Gaza, ketegangan antara India dan Pakistan serta peperangan lain yang tercetus di beberapa rantau dunia dijadikan iktibar penting bagi memahami bentuk ancaman yang mungkin memberi kesan kepada keselamatan negara. -airtimes.my

#AirTimes #ATM #KetumbukanKredibel #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply