Home Pertahanan dan KeselamatanTentera DaratTiada keperluan penububan semula Sarawak Rangers – Khaled Nordin

Tiada keperluan penububan semula Sarawak Rangers – Khaled Nordin

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk menghidupkan atau menubuhkan semula Sarawak Rangers pada masa ini memandangkan tahap kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak berada pada keadaan terbaik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam jawapan bertulis menyatakan bahawa keselamatan di Sarawak, khususnya di sempadan Sarawak-Kalimantan, berada pada tahap terbaik dengan kehadiran pasukan serta aset Tentera Darat yang sentiasa berada dalam kesiapsiagaan operasi.

“Kementerian berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menghidupkan atau mewujudkan semula Sarawak Rangers pada masa kini berdasarkan ketumbukan semasa Tentera Darat Malaysia yang berada di Sarawak,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Ginkoi berhubung cadangan untuk menghidupkan semula Sarawak Rangers bagi memperkukuh keselamatan di sempadan SarawakKalimantan.

MINDEF menegaskan keanggotaan Tentera Darat yang bertugas di Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum termasuk masyarakat peribumi negeri berkenaan, sekali gus mencerminkan komposisi berbilang bangsa dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Selain itu, Khaled Nordin turut mendedahkan seramai 1,007 anggota berbangsa Dayak kini berkhidmat dalam Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang terdiri daripada 37 pegawai dan 970 anggota.

Tambahnya, terdapat juga penglibatan anggota berbangsa Dayak dalam Kor lain di bawah TDM serta perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kementerian menegaskan walaupun tiada keperluan untuk menubuhkan semula pasukan Sarawak Rangers, usaha memperkasakan aspek pertahanan negara akan terus dipertingkat bukan sahaja di Sarawak dan Sabah, malah di seluruh Semenanjung Malaysia bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.-airtimes.my

#AirTimes #PertahananKeselamatan #MINDEF #ATM #TenteraDarat #SarawakRangers

Related Articles

Leave a Reply