Home GlobalKerjasama pertahanan, fokus utama pengukuhan hubungan Malaysia–Türkiye

Kerjasama pertahanan, fokus utama pengukuhan hubungan Malaysia–Türkiye

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 2 SEPT – Penasihat Pertahanan Republik Türkiye, Kolonel Dr. Serhan Karabulut menegaskan, Malaysia sebagai rakan strategik komprehensif, sekali gus memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan dan industri pertahanan.

“Malaysia adalah rakan strategik komprehensif kami. Memperkukuh hubungan ketenteraan dan industri pertahanan dengan Malaysia merupakan antara keutamaan utama kami,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemenangan ke-103 dan Hari Angkatan Tentera Türkiye di ibu negara.

Beliau menekankan, bahawa hubungan pertahanan serta industri pertahanan Malaysia–Türkiye kini menjadi salah satu keutamaan utama Ankara.

Türkiye kini menghasilkan sendiri pelbagai teknologi pertahanan merangkumi kenderaan darat, laut dan udara tanpa pemandu, helikopter, senjata, peluru pintar, peluru berpandu, sistem pertahanan udara serta sistem peperangan elektronik.

Karabulut menjelaskan, keupayaan itu bukan sahaja memenuhi keperluan dalam negara malah turut dieksport ke pelbagai negara lain.

“Türkiye juga berbesar hati untuk berkongsi keupayaan industri pertahanannya dengan negara sahabat dan sekutu,” tambahnya.

Menurut beliau, keyakinan tinggi diletakkan bahawa hubungan tersebut akan terus berkembang berlandaskan prinsip saling menghormati dan kepentingan bersama.

Dalam pada itu, Karabulut turut menegaskan, bahawa penyertaan berterusan Türkiye dalam pameran pertahanan antarabangsa di Malaysia, termasuk Defence Services Asia (DSA) dan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA), mencerminkan komitmen jelas Ankara untuk memperkukuh kerjasama pertahanan dengan Malaysia.

Menurutnya, kesinambungan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara membuktikan visi bersama ke arah kerjasama yang lebih kukuh dan berjangka panjang.

Dalam ucapannya, Karabulut turut mengenang pengorbanan pengasas negara, Gazi Mustafa Kemal Atatürk, para syuhada dan veteran yang gugur demi mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan Türkiye.

Tahun ini juga menyaksikan siri lawatan serta pertemuan penting di pelbagai peringkat termasuk di peringkat Presiden, sekali gus mencerminkan kekuatan hubungan antara kedua-dua negara.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Ludin, komuniti penasihat pertahanan asing serta wakil diplomatik. – airtimes.my

#Airtimes #Pertahanan #Ankara #Turkiye #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply