Home Pertahanan dan Keselamatan9 syarikat terkemuka sahkan penyertaan awal DSA, NATSEC Asia 2026

9 syarikat terkemuka sahkan penyertaan awal DSA, NATSEC Asia 2026

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

LANGKAWI, 21 MEI – Sembilan syarikat terkemuka menyatakan komitmen awal untuk menyertai Pameran dan Persidangan Pekhidmatan Asia (DSA) menjelang edisi ke-19 dan keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) ke -4.

“Kontrak yang ditandatangani mencerminkan kedudukan DSA dan NATSEC Asia di peringkat antarabangsa, dan kepercayaan yang diberikan oleh pemain utama dalam platform menyampaikan penglibatan yang bermakna, keterlihatan dan hasil perniagaan, ” kata Pengarah Eksekutif DSA Exhibition and Conference Sdn Bhd, Nadzeem Abdul Rahman.

Antara syarikat yang telah mengesahkan penyertaan, ialah Ada Vinci Global Sdn. Bhd. (AVG), Advance Defence Systems Sdn. Bhd., Cendana Auto Sdn. Bhd., IDC Technologies Sdn. Bhd., Mega Arms Sdn. Bhd., Kumpulan Nizra, Rohde & Schwarz, Weststar Defence Industries Sdn. Bhd., dan VR Universal Sdn. Bhd.

Kontrak penyertaan itu, dimeterai di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’25), disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Kementeran Pertahanan, Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Angkatan Pertahanan, YBhg. Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar; Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, dan serta orang kenamaan yang lain.

“Pencapaian ini menetapkan peringkat bagi membentuk edisi yang paling bercita-cita tinggi DSA dan NATSEC Asia setakat ini, ” tambahnya, setakat ini tahap komitmen yang diterima amat menggalakkan dan memberangsangkan,” tambahnya.

Jelasnya lagi, komitmen awal yang kukuh mencerminkan keyakinan industri semakin meningkat dan mengekalkan minat yang berterusan dalam edisi akan datang.

Beliau turut menegaskan, perubahan landskap teknologi dan peningkatan kecerdasan buatan (AI) serta pengkomputeran, menuntut platform seperti DSA  dan NATSEC Asia menawarkan lebih daripada sekadar pendedahan.

“Mereka mahukan relevan, kredibiliti, dan hasil. Itulah yang kami sasarkan untuk sampaikan,” katanya.

Dalam pada itu, Khaled Nordin dalam ucapannya, turut menyambut baik maklum balas awal tersebut sebagai bukti nilai berterusan peristiwa itu dalam mendepani cabaran keselamatan serantau dan global.

“Selama lebih tiga dekad, DSA menjadi asas kepada kalendar pertahanan global, manakala NATSEC Asia, terus mengembangkan jangkauan dan kaitannyan dalam domain keselamatan negara.

Beliau turut berkata, penyertaan awal itu turut menandakan peningkatan momentum ke arah penganjuran edisi DSA dan NATSEC Asia yang paling berkesan.

“Acara ini sejak sekian lama berfungsi sebagai platform penting yang menyatukan kerajaan, pemimpin industri dan profesional pertahanan bagi menangani cabaran keselamatan paling mendesak pada masa kini,” tambahnya.

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri Hal Ehwal, DSA dan NATSEC Asia dengan sokongannya, mewakili penumpuan dasar negara, antarabangsa, dan inovoasi perindustrian yang diadakan dua tahun sekali.

Sementara itu, berhubung CBRNe ARENA yang dilancarkan secara rasmi oleh Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, beliau menggariskan kepentingan strategik dalam menangani ancaman yang kompleks dan berkembang.

Edisi 2026 yang bakal memperkenalkan CBRNe ARENA ini, merangkumi zon pameran dan rangkaian khusus untuk Kimia, Biologi, Radiologi,  Sektor Nuklear dan Bahan Letupan (CBRNe).

DSA dan NATSEC Asia 2026 dijadual akan berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), Kuala Lumpur dari 20 hingga 23 April 2026 dengan tema ‘Meningkatkan Keupayaan dan Ketahanan Melalui Teknologi.”

“Syarikat yang ingin berhubung secara langsung dengan pembuat keputusan, memperkenalkan inovasi dan membentuk masa depan keselamatan serantau, digalakkan untuk memastikan penyertaan mereka lebih awal,” ujarnya

Selain itu, pameran turut akan menampilkan pameran termaju, demonstrasi langsung, dan perbincangan yang diketuai pakar yang bertujuan mengukuhkan kesediaan global, keupayaan tindak balas krisis, dan teknologi inovasi dalam sektor tersebut.

Terdahulu, edisi 2024 menyaksikan pecahan rekod sejarah yang tertinggi dengan penyertaan terdiri daripada 1,324 syarikat di 60 negara, 588 delegasi VVIP asing daripada 45 negara. -airtimes.my

#AirTimes #DSA #NATSECAsia #CBRNe #LIMA #Pertahanan #Antarabangsa #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply