Home SemasaNahas FRU: Pemandu lori ditahan, ada 6 rekod jenayah termasuk kesalahan dadah

Nahas FRU: Pemandu lori ditahan, ada 6 rekod jenayah termasuk kesalahan dadah

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

TELUK INTAN, 13 MEI – Pemandu lori muatan batu kerikil yang terlibat nahas kemalangan tragis yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk, kesalahan berkaitan dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemandu berusia 45 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah kebanyakannya berkaitan dadah.

“Dia mempunyai enam rekod jenayah lampau, terutama kesalahan dadah,” katanya kepada pemberita di pekarangan Unit Forensik, Hospital Teluk Intan, hari ini.

Noor Hisam berkata, hasil ujian air kencing awal terhadap pemandu lori membawa muatan batu itu menunjukkan keputusan negatif tetapi siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pemandu yang kini dalam tahanan polis juga dipercayai mempunyai beberapa saman trafik tertunggak,” katanya.

Mengulas lanjut, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Beliau turut menyatakan, insiden itu adalah kehilangan yang amat menyedihkan, bukan sahaja bagi FRU, namun juga seluruh pasukan polis.

Turut hadir di pekarangan hospital itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. -airtimes.my

#AirTimes #FRU #Polis #Perak #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply