if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Cenderahati naga untuk Xi: Itu hadiah peribadi, bukan dari kerajaan – Anthony Loke

Cenderahati naga untuk Xi: Itu hadiah peribadi, bukan dari kerajaan – Anthony Loke

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Apr – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa cenderahati ukiran naga yang disampaikan kepada Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan tidak mewakili kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, cenderahati itu barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor sebagai tanda penghargaan dan tidak seharusnya diperbesarkan.

“Cenderahati itu adalah hadiah peribadi dan saya tidak cakap pemberian daripada kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Anthony Loke menjelaskan cenderahati itu telah diserahkan kepada Presiden Republik Rakyat China itu, selepas selesai menjalankan tugas rasmi sebagai Menteri Pengiring sempena lawatan kerja di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.

“Sebagai tanda kenang-kenangan atas lawatan bersejarah ini, saya telah menyampaikan cenderahati berupa plak Royal Selangor yang diukir dalam bentuk naga—simbol yang melambangkan kekuatan, kebijaksanaan dan persahabatan dalam budaya Cina,

“Semoga hubungan dua hala Malaysia-China terus diperkukuh demi masa depan yang makmur dan stabil,” jelas Loke dalam hantaran Facebooknya.-airtimes.my

Lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia merupakan sebahagian daripada siri lawatan diplomatik sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Ia turut mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik di rantau Asia.

#Malaysia #China #AnthonyLoke #diplomasi #RoyalSelangor #airtimes

Related Articles

Leave a Reply