Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun Abdullah Ahmad Badawi: Pemimpin berjiwa besar, warisan kedamaian negara – Air Times News Network
Home Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi: Pemimpin berjiwa besar, warisan kedamaian negara

Tun Abdullah Ahmad Badawi: Pemimpin berjiwa besar, warisan kedamaian negara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 April – Negara hari ini berduka dengan pemergian bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, seorang tokoh yang menjadikan kelembutan, budi bicara dan kedamaian sebagai asas kepimpinannya.

Tun Abdullah, yang menerajui Malaysia dari 2003 hingga 2009, akan terus dikenang sebagai pemimpin berhemah yang memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari, memperkukuh institusi, membuka ruang kebebasan media, dan meletakkan keutamaan kepada pembangunan insan dan masyarakat luar bandar.

Pemergian beliau mendapat perhatian seluruh negara, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kehilangan itu sebagai amat menyentuh jiwa.

“Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu,” kata Anwar dalam kenyataan malam tadi.

Mengenang pertemuan terakhirnya bersama Tun Abdullah yang ketika itu dalam keadaan uzur, Anwar berkata beliau masih dapat merasakan pancaran kasih dan ketenangan daripada mata Allahyarham, biarpun kesihatannya merosot.

“Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan. Meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan, beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung,” katanya.

Bagi Anwar, kepimpinan Tun Abdullah bukan hanya tentang dasar dan pencapaian pentadbiran, tetapi tentang nilai kemanusiaan yang dibawa dalam setiap tindakan. Allahyarham, katanya, memimpin tanpa marah, tidak menggenggam kuasa, dan tidak meninggikan suara walaupun diasak.

“Ketika saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah – sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas,” kata Anwar.

Di bawah pentadbiran Tun Abdullah, Malaysia menyaksikan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh, pengukuhan institusi kehakiman, dan usaha mempertingkatkan integriti dalam perkhidmatan awam.

Pendekatan sederhana dan damai Allahyarham sering menjadi penyeimbang dalam arena politik yang tegang, menjadikannya pemimpin yang dihormati merentas fahaman politik.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, anakanda Khairy Jamaluddin serta seluruh keluarga.

“Semoga ruh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau,” kata Anwar.

Allahyarham Abdullah yang juga Bapa Pembangunan Modal Insan itu meninggal dunia jam 7.10 malam pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.-airtimes.my

#semasa #Anwar #PakLah #TunAbdullah #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?