Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pak Lah utamakan negara, berundur secara terhormat – Tun Mahathir – Air Times News Network
Home Semasa Pak Lah utamakan negara, berundur secara terhormat – Tun Mahathir

Pak Lah utamakan negara, berundur secara terhormat – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar dan berundur secara terhormat ketika prestasi kerajaan menurun.

“Ketika prestasi Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan dan ramai yang menuntut beliau meletakkan jawatan, beliau tidak teragak-agak atau menimbulkan masalah, beliau meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,

“Sesetengah orang kalau kalah, masih hendak jawatan itu, tetapi beliau tidak ada masalah melepaskan jawatan,

“Apabila bersara, kita berundur dengan mudah dan memberi laluan kepada pengganti. Jika amalan ini diteruskan, Insya-Allah Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang aman,” katanya selepas memberi penghormatan kepada Abdullah di Masjid Negara, hari ini.

Bekas Ahli Langkawi Langkawi itu berkata, pencapaian terbesar Abdullah sebagai Perdana Menteri membawa BN mencapai kemenangan besar pada PRU 2004, di mana gabungan itu menyapu bersih 198 daripada 219 kerusi Parlimen.

“Beliau mencatat kemenangan paling cemerlang dalam sejarah negara dengan meraih hampir 90 peratus undian untuk Barisan Nasional,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai lambang kepimpinan berhemah dan matang yang wajar dicontohi demi kelangsungan kestabilan dan keharmonian negara.

“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan percaya mereka akan tabah menghadapi ujian ini. Ini adalah lumrah kehidupan; setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya,” tambahnya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) malam semalam dan selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.-airtimes.my

#semasa #TunMahathir #PakLah #airtimes #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?