Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Umat Islam berhati-hati berbicara, utamakan akhlak di media sosial – Nooh Gadut – Air Times News Network
Home Semasa Umat Islam berhati-hati berbicara, utamakan akhlak di media sosial – Nooh Gadut

Umat Islam berhati-hati berbicara, utamakan akhlak di media sosial – Nooh Gadut

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 21 MAC – Umat Islam disarankan untuk lebih berhati-hati dalam setiap ungkapan dan perkongsian di dalam media sosial bagi mengelakkan ketegangan yang boleh mencetuskan perpecahan kaum serta menganggu-gugat keharmonian perpaduan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut berkata, akhlak yang baik dalam setiap percakapan mahupun penulisan perlu diutamakan oleh umat Islam, dan Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan perihal akhlak.

“Bagi mendepani perkara berkenaan, umat Islam adalah diharapkan dapat menjadikan platform di media sosial sebagai wadah terbaik dalam berbicara dan mengeluarkan pendapat mengikut lunas-lunas ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengenai situasi terkini, beliau berkata, kebebasan bersuara di media sosial kelihatan semakin disalahgunakan, sehingga menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan seringkali berbangkit membabitkan isu perkauman dan agama.

Beliau berkata, penggunaan kata-kata yang dapat menyakiti sesama umat Islam, kaum yang lain serta menimbulkan kebencian adalah bertentangan ajaran Islam yang amat menekankan perpaduan dan hubungan saling hormat-menghormati.

“Mudah-mudahan setiap perkataan yang dilontarkan membawa manfaat kepada umat Islam dan kaum-kaum yang lain seluruhnya serta tidak memudaratkan keharmonian kehidupan bermasyarakat di negara kita yang diberkati ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan, kempen Kalimah Toyyibah yang digagaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum ini, adalah bertepatan dengan situasi semasa dan masyarakat perlu mengamalkan budi bahasa yang sopan, santun dan berhemah dalam pergaulan.

Nooh turut menyeru, seluruh umat Islam di Malaysia dan kaum yang lain untuk bersikap ikhlas, bertanggungjawab dan berhati-hati di dalam berbicara dalam mengeluarkan pandangan di media sosial. -airtimes.my

#AirTimes #mediasosial #Islam #Malaysia

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?