Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MINDEF perluas rangkaian pertahanan siber ASEAN, perketat keselamatan susulan isu Gaza – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF perluas rangkaian pertahanan siber ASEAN, perketat keselamatan susulan isu Gaza

MINDEF perluas rangkaian pertahanan siber ASEAN, perketat keselamatan susulan isu Gaza

by Zulfadhli Azmie

PUTRAJAYA, 21 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) terus aktif memperkukuh kerjasama pertahanan antarabangsa, khususnya dalam menangani ancaman siber, selaras dengan perkembangan pertahanan siber global.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama keselamatan siber antara negara ASEAN, termasuk perkongsian maklumat ancaman, dilaksanakan menerusi platform ASEAN Cyber Defence Network (ACDN).

Ditubuhkan sejak 2021, ACDN berperanan memperkukuh rangkaian pertahanan siber dalam kalangan negara anggota.

“Inisiatif ini membantu negara ASEAN bertukar pengalaman dan membina keupayaan pertahanan siber secara kolektif,” katanya dalam jawapan Pertanyaan Lisan Dewan Negara, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Senator Tuan Amir Md Ghazali berkaitan adakah Malaysia mempunyai kerjasama pertahanan bersama negara-negara lain dalam menangani ancaman serangan siber atau fizikal yang berpotensi berlaku akibat pendirian negara ini terhadap isu Gaza.

Selain itu, MINDEF turut mengambil langkah untuk menangani ancaman serangan siber dan fizikal, khususnya risiko yang timbul akibat pendirian negara terhadap isu Gaza.

“Antara langkah peningkatan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kepada warga awam melalui Program SIBERSIAGA,

“Ia dilakukan sebagai usaha untuk memperkasa kawal selia ekosistem pertahanan siber negara serta mewawarkan platform perbincangan ilmiah mengenai impak teknologi dalam operasi ketenteraan,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kementerian turut menguatkuasakan Polisi Keselamatan Siber Kementerian yang menetapkan peraturan, etika serta tanggungjawab warga Kementerian di ruang siber.

Tegasnya, kementerian dalam fasa akhir memuktamadkan Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan (KSP KPP) yang memberi fokus kepada kesiapsiagaan Angkatan Masa Hadapan dalam menangani ancaman bukan tradisional seperti keselamatan siber, digital, dan elektromagnetik. -airtimes.my

#Airtimes #Malaysia #Pertahanan #Siber #Gaza #ASEAN #ATM

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?