Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Negara Arab perlu berani lawan Zionis, bukan sekadar pemerhati – Mat Sabu – Air Times News Network
Home Semasa Negara Arab perlu berani lawan Zionis, bukan sekadar pemerhati – Mat Sabu

Negara Arab perlu berani lawan Zionis, bukan sekadar pemerhati – Mat Sabu

by Zulfadhli Azmie

PUTRAJAYA, 21 Mac 2025 – Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengecam negara-negara Arab yang didakwanya berdiam diri terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

Dalam kenyataannya di laman Facebook, beliau menegaskan bahawa negara-negara Arab sepatutnya bersolidariti dengan Palestin, namun lebih mementingkan hubungan dengan Amerika Syarikat daripada membela saudara se-Islam mereka.

“Yang pelik, negara-negara Arab yang kononnya saudara se-Islam terus duduk diam membatu,

“Lebih sibuk menjaga hati Amerika dan kuncu-kuncunya daripada menjaga nyawa rakyat Palestin”, kata Mohamad Sabu.

Beliau turut menyatakan bahawa negara-negara Arab yang kaya dengan sumber minyak seharusnya lebih berani mengambil tindakan tegas, seperti langkah Afrika Selatan yang mengusir duta Israel dan membawa kes ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Selain itu, beliau turut mengecam tindakan negara-negara Arab yang hanya memerhati di samping pejuang-pejuang Islam seperti Hamas, Hizbullah, dan Jihad Islami menentang Israel.

“Kita terus berharap pada Hamas, Hizbullah, dan Jihad Islami untuk lawan Israel. Kita harap pada negara yang ekonominya disekat seperti Iran dan Yaman untuk buat kerja berat. Negara-negara Arab yang kononya kuat? Mereka jadi pemerhati sambil hisap shisha”, tambahnya lagi.

Oleh itu, sebagai tindak balas, Mohamad Sabu menyeru rakyat Malaysia untuk berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat pada 28 Mac 2025 (Jumaat) dan bergerak ke Kedutaan Amerika sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

“Pada 28/3/2025 ini, hari Jumaat, mari kita tunjukkan solidariti kita. Berkumpul di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat dan bergerak ke Kedutaan Amerika,

“Biar dunia tahu, rakyat Malaysia tidak duduk diam!”, tegasnya lagi.

Beliau juga akan menyuarakan kekecewaan terhadap negara-negara Arab yang dianggap gagal memainkan peranan mereka.

“Kita bukan sekadar mengecam Zionis Israel, tetapi kita juga mahu menyatakan kekecewaan kepada negara-negara Arab yang membiarkan penduduk Palestin terus ditindas,”ujarnya kagi.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia bangkit untuk menunjukkan solidariti dan maruah demi Palestin.-airtimes.my

#Malaysia #Palestin #solidariti #Arab #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?