Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
BKK Aidilfitri: Penjawat awam terima RM500, pesara RM250 – Air Times News Network
Home Semasa BKK Aidilfitri: Penjawat awam terima RM500, pesara RM250

BKK Aidilfitri: Penjawat awam terima RM500, pesara RM250

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac –  Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah yang akan dibayar minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM250 juga akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada,

“Maka saya putuskan, Insya-ALLAH dalam minggu depan, kita akan salurkan kepada Gred 56 ke bawah RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Bantuan Khas kepada penjawat awam dan pesara ini melibatkan implikasi kewangan mencecah RM900 juta.

“Bantuan Khas ini mengambil kira keperluan perbelanjaan rakyat dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri,

“Peluasan asas hasil Kerajaan dalam penstrukturan semula kewangan awam telah memberi sedikit sebanyak ruang untuk berkongsi hasil negara secara saksama,” jelas Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain penjawat awam, kerajaan MADANI juga akan mengawalkan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 untuk 9 juta penerima mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.-airtimes.my

#semasa #airtimes #Anwar #BKK #aidilfitri

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?