Home Teknologi Pertahanan Embraer mulakan pengeluaran pesawat C-390 Millennium pertama untuk Austria

Embraer mulakan pengeluaran pesawat C-390 Millennium pertama untuk Austria

by M.Daim

GAVIÃO PEIXOTO, 17 Feb – Syarikat Embraer secara rasmi memulakan pemasangan struktur bagi pesawat C-390 Millennium pertama untuk Austria.

Austria telah memesan sebanyak 4 buah pesawat pengangkut keluaran Brazil ini pada tahun 2024. Perolehan tersebut dilaksanakan bagi menggantikan peranan pesawat C-130H Tentera Udara Austria.

Majlis perasmian permulaan pengeluaran pesawat ini telah diadakan di fasiliti pengeluaran Gavião Peixoto dengan kehadiran delegasi kerajaan Austria.

Embraer dalam satu kenyataan berkata, majlis ini turut disaksikan oleh delegasi kerajaan Austria.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Bosco da Costa Junior menyatakan pihaknya berharap pesawat C-390 untuk Austria akan siap mengikut jadual dan dilaksanakan secepat yang mungkin.

“Kami berbesar hati untuk memulakan pengeluaran pesawat pertama untuk Austria dan berharap dapat menyerahkan pesawat ini kepada Tentera Udara Austria dalam masa terdekat,

“C-390 menetapkan penanda aras baharu sebagai pesawat pengangkut udara sederhana yang benar-benar pelbagai guna,

“Ia menawarkan gabungan teknologi terkini, kebolehpercayaan tinggi dan kos operasi rendah dengan prestasi luar biasa,” Bosco.

C-390 kali pertama dioperasikan oleh Tentera Udara Brazil pada 2019, Tentera Udara Portugal pada 2023 dan terbaru, Tentera Udara Hungary pada 2024.

Selain itu, Belanda mengumumkan pemilihan C-390 Millennium pada 2022. Pada 2023, Austria, Republik Czech dan Korea Selatan turut memilih pesawat ini, mengesahkan kejayaan C-390 sebagai platform penerbangan pengangkutan ketenteraan yang sedang meningkat naik.

Pada tahun lalu, Sweden, Slovakia serta satu pelanggan yang tidak didedahkan juga memilih C-390.  – airtimes.my

#AirTimes #C390 #Embraer #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?