Home SemasaAkademi Keselamatan Siber Malaysia: Perkukuh pertahanan digital peringkat global

Akademi Keselamatan Siber Malaysia: Perkukuh pertahanan digital peringkat global

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 23 JAN- Akademi Keselamatan Siber Malaysia (MCSA) bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini, sekaligus mencerminkan komitmen memperkukuh pertahanan digital dan meningkatkan kedudukan keselamatan siber global negara.

Menerusi kenyataan CyberSecurity Malaysia memaklumkan, Kementerian Digital dan CyberSecurity Malaysia kini dalam proses menubuhkan akademi berkenaan.

“Dengan membangunkan kumpulan pakar keselamatan siber bertaraf dunia, MCSA bermatlamat untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam sektor keselamatan siber global,” menurut kenyataan itu.

Berikutan, merupakan antara inisiatif utama bertujuan mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat dan boleh dipercayai.

Hal ini, ia menumpukan kepada pembangunan keselamatan siber di peringkat pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bagi memenuhi permintaan negara dan global.

Selain MCSA, CyberSecurity Malaysia bekerjasama dengan Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) kebangsaan dalam inisiatif utama keselamatan AI.

Demikian, termasuk ujian dan penilaian keselamatan siber AI untuk menguji ketahanan sistem serta pembangunan rangka kerja keselamatan siber bagi memastikan pengguna AI mengikut etika.

“Kerjasama ini juga akan memberi tumpuan kepada penilaian kerentanan AI, mempromosikan latihan keselamatan AI dan memupuk budaya yang peka terhadap keselamatan, selaras dengan usaha antarabangsa untuk memastikan penyebaran teknologi AI yang selamat dan membina ekosistem AI yang lebih selamat dan berdaya tahan,”.

Dalam pada itu, turut memaklumkan perlanjutan Program Galakan Pemerkasaan Keselamatan Siber (PGPKS) diperkenalkan bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengukuhkan pertahanan keselamatan siber, susulan menerima maklum balas yang positif.

“Inisiatif yang dibiayai oleh kerajaan ini merangkumi perkhidmatan seperti imbasan perisian hasad, penilaian kerentanan dan penilaian risiko keselamatan siber, selain program latihan seperti Pengurus Kesedaran Keselamatan Maklumat Berkelayakan (CISAM),” menurut CyberSecurity Malaysia.

Sehubungan itu, juga mengambil langkah untuk meningkatkan ekonomi digital di rantau ASEAN menerusi kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dalam menubuhkan Rangka Kerja Kepercayaan Digital Nasional (National Digital Trust Framework).

Usaha tersebut selaras dengan tiga keutamaan utama yang diketengahkan semasa Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima di Bangkok, Thailand baru-baru ini, iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serantau melalui Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) ASEAN, bagi menangani penipuan dalam talian serta meningkatkan kesalinghubungan serantau dengan menggalakkan piawaian digital dan keselamatan siber yang konsisten.

Justeru, ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan membina semula keyakinan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan digital dengan memerangi penipuan dalam talian dengan berkesan.

Sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, beberapa acara utama turut dijadualkan bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam keselamatan digital antaranya Webinar SID ASEAN pada Jun, Sidang Kemucak Keselamatan 5G dan Internet Pelbagai Benda (IoT) ASEAN (15 hingga 17 Julai) dan Edisi Ketiga CyberDSA (30 September hingga 2 Oktober). -airtimes.my

#AirTimes #KeselamatanSiber #MCSA #AI #CyberSecurity #ASEAN #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply