Home SemasaGlobal Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar Assad

Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar Assad

by Zulhaizi Rosdi

PARIS, 23 JAN – Dua majistret penyiasat Perancis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas pemimpin Syria, Bashar Al-Assad.

Waran tangkap ini dikeluarkan ke atas Bashar selepas didakwa bersubahat dalam jenayah perang dan kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.

Waran tangkap itu dikeluarkan sebagai sebahagian daripada siasatan kes Salah Abou Nabout, seorang warganegara Perancis-Syria berusia 59 tahun dan juga bekas guru di Perancis, yang terbunuh pada 7 Jun 2017 apabila rumahnya dibom oleh helikopter tentera Syria.

Menurut sumber, pihak berkuasa kehakiman Perancis percaya bahawa Bashar telah mengarahkan dan menyediakan kelengkapan sekaligus terlibat dalam serangan tersebut.

Ketika ini, seramai enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis sejak 2018 berhubung kes pengoboman tersebut.

Manakala, sejak November 2023, Perancis mengeluarkan waran tangkap pertama terhadap Bashar berhubung serangan kimia pada 2013 yang meragut lebih 1,000 nyawa.

Bagaimanapun, usaha tangkapan terhadap Bashar ketika itu terhalang kerana Bashar mempunyai imuniti sebagai ketua negara.

Sehingga kini, kehakiman Perancis telah mengeluarkan 14 waran tangkap terhadap pegawai Syria yang terlibat dalam pelbagai jenayah. -airtimes.my

#warantangkap #Perancis #Bashar #Syria #jenayahperang #antarabangsa #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?