Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Mejar Norlela: Juruterbang wanita pertama TUDM terajui No 20 Skuadron

Mejar Norlela: Juruterbang wanita pertama TUDM terajui No 20 Skuadron

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Mejar Norlela Harun TUDM melakar sejarah sebagai juruterbang wanita pertama yang dilantik sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron, menggantikan Leftenan Kolonel Mohd Khairol Fadly Abu Bakar TUDM.

Majlis Serah Terima Tugas antara kedua-dua pegawai telah disempurnakan di Hangar No 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, dengan disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Yusri Jamari TUDM, pada Isnin.

TUDM memaklumkan, pelantikan ini menjadi titik bersejarah bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menunjukkan kepercayaan terhadap pengalaman serta kecemerlangan rekod perkhidmatan Mejar Norlela.

Beliau kini memikul tanggungjawab menerajui skuadron yang mengoperasikan pesawat angkut C130H serta meneruskan legasi kecemerlangan operasi skuadron tersebut.

Majlis Serah Terima Tugas diantara Lt Kol Mohd Khairol Fadly Abu Bakar TUDM dan Mej Norlela Harun TUDM telah disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Yusri Jamari TUDM di Hangar No 20 Skuadron, semalam. Foto: TUDM

Sementara itu, Mohd Khairol yang mengetuai skuadron sejak 26 Januari 2023 diraikan dalam Perbarisan Pegawai Memerintah terakhir sebagai penghormatan terhadap sumbangannya.

“Sepanjang hampir 2 tahun perkhidmatannya, beliau mempamerkan dedikasi dan komitmen yang tinggi dalam memastikan pesawat C130H dapat melaksanakan operasi TUDM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan cemerlang,

“Warga TUDM merakamkan penghargaan kepada Leftenan Kolonel Mohd Khairol Fadly atas sumbangan beliau serta mengucapkan tahniah kepada Mejar Norlela atas perlantikan bersejarah ini,” jelas TUDM dalam hantaran di media sosialnya. -airtimes.my

#airtimes #TUDM #juruterbangwanita #ATM #serahmenyerah #20Skuadron

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?