Home Semasa Tiada golongan dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang – Anwar

Tiada golongan dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang.

Beliau berkata ketika ini, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, warga kota dan desa.

“Antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan,

“Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam tadi.

Sebelum ini, Anwar berkata, sepanjang tempoh 2 tahun, Kerajaan Madani sudah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.

Antara yang diperkenalkan ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang yang telah memanfaatkan sembilan juta penerima dalam kalangan kumpulan B40.

Selain itu, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah memberikan bantuan kepada 8.4 juta penerima untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 600 kedai runcit dan pasar raya.-airtimes.my

#semasa #airtimes #DSAI #Anwar #Malaysia #rakyat

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?