Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Mobile Training Team: 10 Briged (Para) perkasa keupayaan operasi amfibi dan udara

Mobile Training Team: 10 Briged (Para) perkasa keupayaan operasi amfibi dan udara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Markas 10 Briged (Para) telah menganjurkan Program Mobile Training Team – Train the Trainer bagi Kursus Asas Amfibi dan Kursus Asas Serbuan Udara.

Menurut 10 Bgd (Para), program yang melibatkan penyertaan 20 pegawai dan 108 anggota telah diadakan di Pos Pantai dan PARAWOOD, Kem Terendak, Melaka mulai 9 hingga 20 Disember lalu.

Program ini bertujuan menubuhkan pasukan jurulatih Mobile Training Team (MTT) yang berkelayakan untuk melatih peserta kursus pada masa akan datang.

“Kursus ini juga merupakan langkah strategik way forward 10 Briged (Para) dalam memperkasa pegawai dan anggotanya dengan pengetahuan serta kemahiran khusus bagi operasi amfibi dan serbuan udara,” jelas markas 10 Bgd (Para) dalam hantaran di laman media sosialnya.

Latihan ini berdasarkan manual Doctrine Rapid Deployment Operations – Air Assault and Amphibious Operations serta Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) Operasi Serbuan Udara dan Amfibi yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Doktrin dan Jawatankuasa Latihan Tentera Darat.

Turut hadir, Timbalan Panglima 10 Briged (Para), Kolonel Mohd Azral Manan, Ketua Staf Am Markas 10 Briged (Para), Leftenan Kolonel Zulkifli Raub, PS 1 Latihan Markas 10 Briged (Para), Leftenan Kolonel Zain Azrai Karia, serta pegawai dan anggota formasi tersebut.

Program ini merupakan langkah penting dalam persiapan formasi untuk menganjurkan kursus Asas Amfibi dan Serbuan Udara pada tahun 2025, sejajar dengan matlamat 10 Briged (Para) untuk menjadi formasi serba boleh dan berkeupayaan tinggi dalam operasi dinamik.-airtimes.my

#pertahanan #airtimes #10BgdPara #TDM #Para #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?