Home SemasaAnwar: Titah addendum tidak boleh diulas kerana libatkan Yang di-Pertuan Agong

Anwar: Titah addendum tidak boleh diulas kerana libatkan Yang di-Pertuan Agong

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sebarang ulasan berkaitan Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak boleh diberikan buat masa ini.

Beliau berkata, langkah itu kerana ia tertakluk kepada undang-undang kerana Lembaga Pengampunan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tertakluk (kepada undang-undang), saya boleh jawab (tetapi) bagi saya masa selepas mahkamah (putuskan), saya akan datang sini (Dewan Rakyat) untuk jawab,

“Saya hendak tanya, sejak bila seorang Perdana Menteri boleh mengulas (keputusan) Lembaga Pengampunan (dan) boleh atau tidak seorang Perdana Menteri ulas keputusan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan pengerusi Lembaga Pengampunan,

“Sehingga kes ini dimuktamadkan dan sehingga Tuanku Agong sendiri perkenan, tidak boleh kita sentuh,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata demikian bagi mengulas soalan yang ditujukan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai penjelasan kerajaan berhubung Titah Adendum dalam keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Januari 2024, yang berkaitan permohonan pengampunan Najib.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan bahawa setiap rayuan kepada Lembaga Pengampunan akan dipertimbangkan dengan adil sebelum keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Pada prinsipnya, kita bersetuju atau tidak dengan keputusan mahkamah (melibatkan) hak seseorang merayu, kita tidak boleh nafikan hak untuk pendengaran dalam Lembaga Pengampunan,

“Untuk rekod, saya persembahkan kepada Tuanku atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Datuk Seri Najib, adalah munasabah untuk diberi pertimbangan,

“Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda (mesyuarat), saya masukkan sebab ia harus diberi pertimbangan,” ujarnya lagi.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) menyeru orang ramai agar menghormati proses mahkamah yang sedang berlangsung berhubung kes ini. AGC memaklumkan Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Januari 2024 untuk mendengar permohonan berkaitan.-airtimes.my

Ia bagi mengelak daripada menimbulkan subjudis memandangkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu sudah memfailkan kes membabitkan perkara berkenaan di Mahkamah Rayuan – Perdana Menteri

#semasa #airtimes #DSAI #Najib #pengampunan #anwar #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply