Home Pertahanan dan KeselamatanMalaysia kekal tegas pertahan kedaulatan Laut China Selatan pada ASEAN 2025

Malaysia kekal tegas pertahan kedaulatan Laut China Selatan pada ASEAN 2025

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Kerajaan Malasyia akan terus menyuarakan pendirian tegas Malaysia mengenai Laut China Selatan di platform antarabangsa bagi memastikan kedaulatan negara dan kepentingan negara terpelihara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, sebagai pengerusi Asean 2025 dan Penyelaras Hubungan Dialog Asean-China sehingga Julai 2027, Malaysia kekal komited untuk menyelesaikan isu isu Laut China Selatan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai.

“Pendekatan ini selaras dengan pendirian tegas negara bahawa semua pihak mesti mengelak tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan atau menimbulkan provokasi dan harus mengamalkan menahan diri,

“Kerajaan juga secara konsisten mengulangi pendirian Malaysia dalam setiap pertemuan dengan negara luar di pelbagai peringkat, daripada mesyuarat ketua negara hingga peringkat kumpulan kerja,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) mengenai langkah alternatif yang perlu dilaksanakan bagi mempertahankan pencerobohan terhadap Beting Patinggi Ali yang berlaku sejak 2013.

Mohamad Alamin turut memaklumkan bahawa tindakan bersepadu pendekatan whole-of-government dilaksanakan untuk menyelaras peranan agensi-agensi kerajaan dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.

“Berhubung insiden kapal asing menceroboh kawasan maritim Malaysia, Kementerian Luar secara konsisten telah mengeluarkan dan akan terus mengeluarkan, nota bantahan kepada negara berkaitan sekiranya kapal dan aset mereka didapati menceroboh perairan Malaysia,” ujarnya lagi.

Alamin menegaskan bahawa isu Laut China Selatan adalah kompleks dan sensitif, dan ia mesti ditangani dengan berhati-hati, tekun, serta secara menyeluruh.

“Setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang menyeluruh dan tidak akan sekali-kali menjejaskan kedaulatan, hak dan kepentingan negara,” tambah beliau.

Sementara itu, beliau turut menegaskan, kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan termasuk kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.

Alamin berkata kerajaan dan kementerian serta agensi berkaitan turut memantau perkembangan dan situasi semasa di kawasan itu bagi memastikan isu itu ditangani dengan segera dan cekap tanpa meningkatkan ketegangan di lapangan.

“Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melaksanakan rondaan secara berkala,

“Tindakan yang diambil termasuk rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan maritim Malaysia untuk menunjukkan kehadiran di perairan tersebut,” jelasnya lagi. -airtimes.my

#keselamatan #Malaysia #LautChinaSelatan #ASEAN #airtimes

Related Articles

Leave a Reply