Home DiskusiImpak Fenomena Fasa Peralihan Monsun Malaysia

Impak Fenomena Fasa Peralihan Monsun Malaysia

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

Faktor perubahan iklim cuaca mahupun fasa peralihan monsun di Malaysia, acapkali menjadi fenomena yang menyumbang kesan dari seluruh aspek terutamanya dalam kehidupan seharian manusia.

Seiring dengan keadaan cuaca di ketika ini, banjir yang melanda di beberapa negeri sebelah timur, menyebabkan kegiatan ekonomi dan harian tertangguh malah menjejaskan kesihatan dan penempatan penduduk yang berhadapan bencana tersebut.

Ia berlaku sejurus selepas fenomena El-Nino di mana setelah kemarau yang panjang. Dapat dikatakan, fenomena La Nina adalah sinonim dengan cuaca lembab yang membawa kepada hujan lebat, ribut dan kekerapan banjir.

Hal ini, terjadi bilamana adanya perubahan iklim di Malaysia dan dapat dicirikan kepada dua monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut yang sering beralih dalam saban tahun.

Monsun Barat Daya secara relatifnya cuaca yang lebih kering dan bermula dari akhir bulan Mei sehingga September. Manakala, Monsun Timur Laut yang sering terjadi pada setiap tahun dalam bulan November hingga Mac, membawa cuaca hujan lebat di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur seperti negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Barat Sarawak dan Pantai Timur Sabah.

Monsun atau kata lainnya yang berasal dari perkataan arab ‘Muassim’ iaitu ‘musim’, dapat dijelaskan ianya sistem angin yang silih berganti bertiup dari arah timur laut semasa musim sejuk Hemisfera Utara dan dari arah berlawanan iaitu angin Barat Daya semasa musim panas di Hemisfera Utara.

Demikian, fasa Monsun ini turut dipengaruhi dengan faktor persekitaran serta peralihan musim dari tahun demi tahun mengikut perubahan yang berlaku terhadap iklim.

Perubahan pola hujan juga menyebabkan paras air sungai terjejas dan menyebabkan banjir apabila paras air mula menaik.

Berikutan, perubahan iklim serta pemanasan global meningkatkan kebarangkalian hujan ekstrem dan disebabkan perbezaan suhu antara daratan dan lautan hasil pemanasan sinaran matahari, daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan mengakibatkan suhu di Asia Tengah amat rendah.

Selain itu, ianya terjadi akibat dari sistem cuaca monsun yang bergabung dengan luruan angin sejuk dari China yang menghasilkan hujan lebat dan ribut di beberapa wilayah yang berpotensi untuk banjir.

Menurut pakar Klimatologi Dr Fredolin Tajudin Tangang, keadaan cuaca di Malaysia terutama di Sabah akan dipengaruhi sekiranya berlaku ribut taufan di kawasan Filipina dan Vietnam dalam musim peralihan monsun.

Justeru, yang menjuruskan keadaan banjir semakin menaik di beberapa kawasan terdedah dengan bencana tersebut, kebiasaannya akibat dari hujan lebat dan ribut petir pada petang, lewat petang serta malam terutama di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Berikut, secara lazimnya purata hujan ketika itu lebih daripada 60mm dalam tempoh 2 hingga 4 jam yang menyebabkan banjir kilat.

Secara tidak langsung, mendatangkan kesan yang merubah bentuk muka bumi di Malaysia akibat luruan monsun dan sistem cuaca monsun yang terbentuk dengan luruan udara sejuk dari Siberia yang menghasilkan hujan lebat sekaligus mengakibatkan banjir besar.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataannya berkata, kejadian hujan lebat serta angin kencang boleh menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh ketika fasa ini berlaku.

Sekaligus, memberi impak yang mengancam nyawa dan berisiko kehilangan harta benda yang bernilai dan penting.

Dengan itu, para penduduk yang berisiko berdepan dengan bencana banjir, harus bersiap sedia dan sentiasa peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu saat ini di mana bermulanya monsun lembap.

Maka, orang awam dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada ramalan dan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutama yang membabitkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta agensi lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Sehubungan itu, berusaha untuk melakukan sesuatu yang mampu mengelakkan bencana banjir berterusan, dengan memastikan kebersihan longkang, parit dan talang hujan selalu diselia bagi mengelakkan tersumbat.

Di samping, menyimpan dokumen-dokumen, barang penting serta meletakkan kenderaan di tempat yang selamat dan tinggi agar terjamin daripada kerugian dan kemusnahan. Seterusnya, mengelakkan diri dari berkunjung ke kawasan perairan dan memandu ke kawasan banjir atau jalan yang sering dinaiki air.

Related Articles

Leave a Reply