Kuala Lumpur, 21 Okt- Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, perairan di Laut China Selatan kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim.
“Berhubung penilaian ancaman Red Assesment terhadap situasi di Laut China Selatan secara amnya situasi keselamatan adalah selamat dan terkawal,” ujarnya bagi menjawab persoalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).
Justeru, sehingga ke hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti di Vietnam, walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik.
Selaras dengan pendekatan strategi yang dilaksanakan China, kehadiran asset-asset maritim China lebih kepada pengawal pantai china, Coastguard dan bukannya kapal perang tentera laut China.
Kementerian Pertahanan komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bersiap siaga dari segi asset ketenteraan negara dalam mengawal perairan negara.
Khususnya dalam meningkatkan kehadiran ketenteraan military di kawasan perairan bagi mendepani sebarang ancaman di Laut China Selatan.
Berikutan, memastikan kesiapsiagaan asset berada di tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman dan keselamatan perairan maritim terutamanya di Laut China Selatan.
Dalam pada itu, Adly berkata, Malaysia mengutamakan tiga teras penting dengan memperkukuhkan diplomasi pertahanan mempertingkatkan pemodenan asset-asset.
Di samping, mempertingkatkan pemodenan asset-asset serta operasi dari semasa-semasa dalam mendepani cabaran di Laut China Selatan.
Sehubung itu, selaku sebagai Pengerusi ASEAN menjelang tahun hadapan, Malaysia memanfaatkan menggunakan platform Asian untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit.
“Kita memang melalui Asian Defence Minister Maritime (ADMM), bahawa melalui Asian juga kita cuba memperkukuhkan kerjasama Asean dan juga ADMM.”
Tambahnya, isu Laut China Selatan bukan sahaja terkait Malaysia, Filipina, Indonesia dan seumpamanya, akan tetapi keseluruhan negara-negara Asian juga terkait.
“Apa yang penting di Laut China Selatan, adalah bagaimanana Malaysia boleh meneruskan kegiatan ekonomi, selamat bagi nelayan-nelayan dan dalam masa sama perdagangan laut menjadi kawasan yang selamat. -airtimes.my
