MILDEF Tarantula HMAV antara kenderaan perisai mobiliti tahan periuk api 4 x 4 v hull Malaysia yang dibangunkan oleh syarikat tempatan Malaysia.
Ia dihasilkan oleh syarikat Malaysia iaitu Mildef International Technologies yang mampu memberikan perlindungan tahap tinggi terhadap pelbagai ancaman di medan perang seperti alat letupan buatan.
Dikatakan, kenderaan perisai yang dikatakan mampu mengubah warna dan tingkahlaku sesuai dengan persekitaran serta berupaya membunuh haiwan lain yang lebih besar daripadanya, mempunyai saingan terdekat iaitu kenderaan Pars 4×4 buatan Turkiye.
Pengarah Urusan Mildef, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, syarikat itu tidak hanya mampu mengekalkan 70 hingga 80 peratus pengeluaran kenderaan berperisai tempatan, malah mampu memenuhi kehendak pihak berkepentingan pertahanan.
Kenderaan berperisai yang terlindung setinggi 12 tan, versi pertama ini dibangunkan pada 2021 iaitu mula dilancarkan pada 11 Februari 2021.
Buat pengetahuan, ianya mula direka pada tahun 2013 dan memperkenalkannya secara rasmi pada April 2021 di Kem Perdana Sungai Besi.
Justeru, keistimewaan MILDEF Tarantula HMAV yang memiliki panjang 5.6 meter dan tinggi 2.5 meter ini berkemampuan tahan ranjau dan mempunyai ketangkasan yang baik di medan perang.
Pembinaannya mengambil masa selama 4 tahun dalam untuk melengkapi komponen kenderaan tersebut dan menelan kos sebanyak RM16 million untuk penyelidikan dan pembangunan.
Dalam pada itu, pelancaran yang telah dilangsungkan pada Februari itu turut diuji oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Berikutan, Mildef merupakan syarikat yang terlibat dalam penyelenggaraan, penambahbaikan dan baik pulih kenderaan ATM.
Justeru, kenderaan ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan membangunkan kenderaan tentera baru bagi menggantikan aset yang semakin tua dalam mengembangkan kenderaan perisai tempatan.
Dengan itu, kenderaan yang menjalankan tugas pengangkut personal berperisai ini adalah bagi membangunkan dan menawarkan kenderaan perisai yang dibina mengikut prospek persekitaran Malaysia.
Dalam pada itu, perisai bermobiliti tinggi buatan tempatan ini, merangkumi kadar perlindungan perisai seperti peluru, balisitik dan bom tangan serta mampu beroperasi dari suhu serendah 21 hingga 49 darjah celcius.
Kelebihan Tarantula yang mampu mencapai kelajuan sehingga 110km/jam dan seberat 41 tan ini dilengkapi dengan pelepah bom tangan asap untuk perlindungan diri ,alah menggunakan enjin turbo diesel 6.6 liter 6 selinder.
Kenderaan buatan kejuruteraan anak tempatan ini turut, menggunakan 70 peratus komponen, manakala 30 peratus lain menggunakan komponen asing seperti system transmisi, enjin dan senjata.
Antara komponen asing yang digunakan adalah komponen penting seperti enjin dari Caterpillar yang dipadankan dengan transmisi Allison, tayar-tayar Pirelli, gandar buatan Perancis, serta sistem elektronik.
Sementara itu, dalam melancarkan dan mempermudah proses penghasilan kenderaan perisai ini, pembangunannya telah dibantu oleh Science Technology Research Institute of Defence (STRIDE) iaitu agensi tempatan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2 April 2021.
Maka, Mildef mempunyai pasaran eksport yang besar dan sedang meninjau kawasan seperti Afrika Selatan, Turkiye, Timur Tengah dan negara Jiran Malaysia.
Menurut pengarah urusan Mildef, penyertaannya dalam industri pertahanan dalam membina kenderaan perisai ini merupakan iltizam bagi mengenengahkan Malaysia tidak hanya bergantung terhadap ‘produk’ dari negara luar, bahkan menunjukkan kemahiran dan buatan kejuruteraan tempatan ini mampu seiring dengan produk dari luar. -airtimes.my
