Home Semasa Malaysia-Singapura capai kesepakatan, kemajuan dalam isu tertunggak – PM

Malaysia-Singapura capai kesepakatan, kemajuan dalam isu tertunggak – PM

by M.Daim

VIENTIANE, 10 OKT – Kerajaan Malaysia dan Singapura telah mencapai beberapa kesepakatan dan kemajuan dalam isu tertunggak.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong.

Kedua-dua pemimpin dari negara berjiran itu kini berada di Laos bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 di Vientiane.

“Selama hampir 40 minit, saya dan PM Lawrence berbincang beberapa perkara terkait kepentingan kedua-dua negara, terutama meneroka kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu berbangkit secara berkesan dan sepantas mungkin,

“Saya dan PM Lawrence kemudian langsung mengetuai mesyuarat dua hala bersama menteri-menteri dan delegasi kedua-dua negara,” kata Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di akaun media sosial rasmi beliau.

Jelasnya, pertemuan mereka diadakan pada hari Rabu, selepas hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 dan Ke-45 selesai.

Perdana Menteri menambah, beberapa perkara lain akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!