Home Semasa MYSA, UTM Skudai jalin projek rintis pengesanan pencemaran kualiti udara guna dron

MYSA, UTM Skudai jalin projek rintis pengesanan pencemaran kualiti udara guna dron

by Zulhaizi Rosdi

KUALA LUMPUR, 9 OKT – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai telah memulakan usaha kerjasama dalam projek rintis bagi mengesan pencemaran kualiti udara menggunakan dron dan teknologi angkasa.

Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA, Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak Sipit berkata, projek rintis ini dijalankan susulan insiden pencemaran kimia di Sungai Kim-Kim dan Pasir Gudang pada tahun 2019 yang lalu.

“Pegawai-pegawai Penyelidik MYSA telah memulakan projek rintis secara konsep dan mendapati produk projek itu nanti akan dapat memberikan input-input berguna kepada agensi-agensi dalam penguatkuasaan dan memudahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan tindakan pencegahan.

“MYSA merupakan agensi kerajaan yang pertama mempunyai kemampuan dalam penggunaan teknologi pengesanan yang digabungkan dengan pelbagai input berteraskan teknologi angksa,” katanya.

Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA, Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak Sipit ketika ditemui Air Times baru-baru ini. Foto: Air Times/Zulhaizi

Ujarnya lagi, data-data yang diperoleh akan diklasifikasikan serta ditentusahkan oleh pakar kimia dan seterusnya dibuat kajian bagi penelitian susulan.

“Dengan adanya kerjasama ini, data-data pengesanan kualiti udara ini juga akan memberi ruang yang luas kepada penuntut-penuntut dalam bidang berkaitan bagi meluaskan kajian mereka yang mana sebelum ini tiada agensi yang mempunyai data daripada dron.

Pembangunan teknologi dron membolehkan pelbagai tugas dilaksanakan dengan lebih mudah dan cekap. Ini termasuklah melakukan pemantauan kualiti udara. Foto: Air Times/Zulhaizi

“Selain itu, projek ini turut dihadiri oleh Pakar Kimia UTM Skudai, Dr Faizuan Abdullah,” katanya. -airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #UTM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!