Home SemasaZakaria dilantik Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia baharu

Zakaria dilantik Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia baharu

by Zaki Salleh
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Tampuk pentadbiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bertukar apabila Datuk Zakaria Shaaban dilantik sebagai Ketua Pengarah JIM yang baharu.

Beliau menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Ruslin Jusoh yang dilantik mengetuai Agensi Antidadah Kebangsaan.

Zakaria sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan).

Unit Komunikasi Korporat JIM dalam kenyataan memaklumkan, Zakaria secara rasmi memulakan tugas pada majlis sambutan ketibaan beliau di Ibu Pejabat JIM Putrajaya pada Selasa.

Ketibaan beliau disambut dengan pemeriksaan kawad Kawalan Kehormatan Imigresen.

Turut hadir adalah Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah Imigresen Negeri yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Ismail Mokhtar.

Terdahulu, Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Imigresen antara Ruslin kepada Zakaria telah diadakan di Dewan Hamka Ibu Pejabat JIM, di sini.

Seterusnya Ruslin diraikan pada majlis paluan berundur di pekarangan Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Sebelum mengetuai JIM, Ruslin merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara.-airtimes.my

#Malaysia #airtimes #JIM #imigresen #semasa

Related Articles

Leave a Reply