Home Semasa Kes GISBH: Agong titah polis jalankan siasatan menyeluruh

Kes GISBH: Agong titah polis jalankan siasatan menyeluruh

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan jenayah dan penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Sultan Ibrahim bertitah bahawa Baginda memandang serius isu tersebut setelah pelbagai laporan dan berita mengenai rumah amal berkenaan tersebar luas di media sosial.

Dalam titahnya, Seri Paduka Baginda menekankan bahawa isu berkaitan akidah umat Islam perlu sentiasa dipelihara dan tidak boleh dipandang ringan.

“Justeru, Baginda bertitah menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati,

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, hasil ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan GISBH menerusi Ops Global mendapati terdapat unsur penderaan fizikal dan emosi terhadap mangsa.

Selain itu, terdapat juga elemen buruh dan eksploitasi kanak-kanak dengan mereka yang berumur bawah 18 tahun dipaksa bekerja menjual barang-barang.-airtimes.my

#semasa #GISHB #penderaan #PDRM #DaulatTuanku #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply