Home SemasaGlobal Kedudukan pemimpin Hamas dikesan melalui telefon pintar – Anak Ismail Haniyeh

Kedudukan pemimpin Hamas dikesan melalui telefon pintar – Anak Ismail Haniyeh

Ismail Haniyeh dilaporkan kerap menggunakan telefon bimbit pada hari kejadian

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 19 OGOS – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh didakwa telah dibunuh dengan menggunakan misil dan dikesan melalui telefon pintar.

Perkara tersebut dinyatakan oleh anak Ismail Haniyeh, Abdussalam Haniyeh.

Beliau mendakwa, kedudukan ayah beliau telah dikesan dengan menggunakan isyarat telefon.

“Ayah saya menggunakan telefon ketika menghadiri acara rasmi, jadi, beliau telah dikesan dan menjadi sasaran mudah,

“Beliau aktif menggunakan telefon sehingga 10.15 malam hari kejadian,” kata Abdussalam dalam laporan albawaba.

Menurutnya, beliau telah berhubung dengan Ismail Haniyeh beberapa kali pada hari kejadian.

Pada masa yang sama, beliau menolak teori dikemukakan oleh beberapa media antarabangsa yang mendakwa Ismail Haniyeh telah dibunuh dengan menggunakan bom.

“Keseluruhan bangunan mungkin akan musnah sekiranya bom digunakan,

“Maka, tiada asas menyatakan bom digunakan dalam serangan itu,” tegasnya.

Ismail Haniyeh, 62 tahun terkorban dalam satu serangan yang disasarkan terhadap sebuah bilik yang diduduki oleh beliau semasa berada di Tehran.

Dalam kejadian 31 Julai 2024, beliau berada di Tehran bagi menghadiri majlis rasmi pelantikan Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian.

Pihak Tehran mendakwa serangan tersebut telah didalangi oleh Israel. Namun begitu, Tel Aviv tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan atau menafikan penglibatan mereka dalam peristiwa 31 Julai itu.

Pihak siasatan Iran turut mendakwa, Ismail Haniyeh telah dibunuh dengan menggunakan misil yang mempunyai kepala peledak seberat 7 kilogram. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?