Home Semasa Pejabat Perdana Menteri tuntut Meta mohon maaf, beri penjelasan terperinci

Pejabat Perdana Menteri tuntut Meta mohon maaf, beri penjelasan terperinci

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf maaf secara terbuka atas tindakan menurunkan beberapa hantaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di platform media sosial.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, PMO memaklumkan, pihaknya telah memanggil Meta hari ini untuk memberi penjelasan berkaitan ucapan Anwar yang diturunkan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri.

Menurut PMO, perkongsian Anwar melalui platform Facebook dan Instagram itu hanyalah untuk menzahirkan ucapan takziah serta penghormatan di atas pemergian tokoh perjuangan Palestin itu.

“PMO menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta menurunkan hantaran perdana menteri yang menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Asy Syahid Ismail yang dibunuh baru-baru ini,

“PMO melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan, selain penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin yang menuntut keadilan dan hak asasi manusia,

“Kami turut menegaskan bahawa tindakan menurunkan hantaran ini telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah,

“Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta,” kata PMO dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, PMO menuntut Meta memberikan penjelasan terperinci atas tindakan mereka itu, disertai dengan permohonan maaf secara terbuka daripada syarikat itu.

Terdahulu, wakil Meta telah dipanggil bagi memberi penjelasan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, berhubung tindakan penurunan hantaran tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan, pihaknya turut kesal dengan insiden sekatan siaran langsung menerusi Facebook melibatkan akaun berita televisyen, yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad.

“Seperti yang telah dijanjikan dalam pertemuan ini, satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh pihak Meta dalam masa terdekat,” jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berang dengan tindakan Meta bertindak menurunkan hantarannya.

Anwar menegaskan tindakan Meta itu sebagai biadab dan menghina perjuangan rakyat Palestin.

“Adalah tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

“Peringatan tegas saya terhadap Meta, usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!” tegas beliau.-airtimes.my

#Meta #PMO #airtimes #semasa #Malaysia #Palestin

Related Articles

Leave a Reply