Home Semasa CyberDSA 2024: 45 negara dijangka hadir, pamer teknologi terkini

CyberDSA 2024: 45 negara dijangka hadir, pamer teknologi terkini

by Zulhaizi Rosdi
Cyber Digital Services, Defence and Security Asia (CyberDSA) 2024 kembali lagi dengan jangkaan penyertaan dari 45 buah negara dan lebih 7,000 ahli profesional perdagangan dalam edisi kali ini.
Aerosea Exhibitions Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, CyberDSA 2024 bersedia untuk menjadi acara yang terkemuka di rantau ini dan menyatukan pihak berkepentingan untuk melindungi negara, awam dan perniagaan alam siber.
“Edisi tahun ini dijangka mengatasi kejayaan pendahulunya, dengan lebih 7,000 profesional perdagangan dari 45 negara dijangka hadir.
“Acara itu akan menampilkan sebanyak 120 pempamer dari 20 negara, termasuk industri terkemuka seperti Mastercard, Anlab, Commerce Access, Blackberry, Blancco, CTM360, Gigamon, SentinelOne, Splunk, CloudSek, ExtraHOP, LogRhythm dan lain-lain,” ujarnya,
Jelasnya lagi, dalam acara itu juga akan mempamerkan teknologi terkini yang direka untuk melindungi ekonomi digital dan memperkukuh daya saing global.
CyberDSA 2024 akan berlangsung pada 6 hingga 8 Ogos ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan dirasmikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
“Kehadirannya menunjukkan komitmen kerajaan dalam memajukan ketahanan digital serta keselamatan siber di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply