Home SemasaMalaysia sedia bawa rakyat Palestin cedera dirawat di Malaysia – Anwar Ibrahim

Malaysia sedia bawa rakyat Palestin cedera dirawat di Malaysia – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Malaysia sedia membawa balik rakyat Palestin yang cedera serta sakit untuk menerima rawatan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut telah disuarakannya kepada Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi.

Menurutnya, kerajaan akan menyediakan peruntukan dana bagi tujuan berkenaan, selain menzahirkan penghargaan kepada negara-negara yang turut sama memberikan kerjasama bagi melaksanakan misi kemanusiaan itu.

“InsyaAllah kita akan lakukan sedaya upaya. Kita akan bantu yang sakit sama ada dirawat di sana (Palestin) atau bawa ke mari untuk beri rawatan,

“Kita akan teruskan tanpa tolak ansur, kerajaan akan peruntukan dana,” katanya ketika berucap di Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, malam tadi.

Jelasnya, beliau juga telah menghubungi Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan dan Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa serta Putera Mahkota Arab Saudi Mohamad Salman untuk terus berikan kerjasama serta bantuan kemanusiaan di Palestin.

Dalam ucapanya, Anwar turut mengakui keberaniannya bersuara di pentas dunia mengangkat hak kemanusiaan rakyat Palestin adalah atas sokongan rakyat yang tanpa berbelah bahagi kepadanya.

“Siapa kata saya berani sangat, saya hanya mewakili semua jalankan tanggungjawab,

“Tapi saya juga manusia, saya tak mahu rakyat dizalimi, saya tak mahu rakyat Palestin jadi hamba abdi, saya bangkit bersama saudara, bangkit perjuangkan hak Palestin,” ujarnya lagi.

Himpunan Pembebasan Palestin itu adalah bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis di Palestin.-airtimes.my

#Semasa #Malaysia #airtimes #Palestin #pembebasan #DSAI

Related Articles

Leave a Reply